Wednesday, November 17, 2004

 

kasih ufuk rindu 12

Keesokkan malamnya mereka berkumpul demi untuk memenuhi permintaan Tengku Halija.In dan Andrian berjalan bergandingan sambil berbual mesra,mereka kelihatan begitu sepadan.Ada beberapa anak muda yang mengusik gusik In namun mereka buat tidak layan.

“Sedapkan?”Andrian bertanya,sibuk mengunyah ketam bakar yang dihidangkan pihak hotel.Sengaja dia menempah untuk menikmati makan malam itu,mahu menghabiskan masa bersama In.

“Kalau iya pun sedap sangat janganlah makan banyak.Nanti Rean tak boleh bangun tau.” In mengusik.Sejak tadi dilihatnya Andrian tidak berhenti henti mengunyah.Ada saja yang masuk keperutnya.

“Alah,kalau Rean tak boleh bangun,In kenalah angat Rean.”dia berseloroh,kenyang perut kenyang lagi perasaannya bila In ketawa gembira disisinya saat itu.Tanpa disedari gelagat mereka diperhatikan Tengku Halija yang tadi leka melayani kerenah Haikal dan Danial.

“Kenapa sejak tadi Rean tengok In makan sayur dan roti aje?Kenapa tak makan sea food ni?”tanya Andrian.Sejak tadi diperhatikan In hanya makan sayur dan roti saja.

“In diet ke?”usik Andrian.

“Bukanlah.In alergik dengan sea food.Sebab tu tak boleh makan,nanti In asyik mengaru aje,lepas tu demam.”ujar In menerangkan perkara sebenar.Sejak dulu lagi dia memang tak boleh makan sea food.Alahan kata doktor.Andrian hanya menganggukan kepala mendengar kata kata In.Dia tahu sesuatu yang baru tentang gadis itu.

“Rean dan In dah lama bersama?”terhambur pertanyaan itu dari Tengku Halija.

Kaku seketika mereka yang sedang makan.Tengku Lokman pula mendiamkan diri,tekun menantikan jawapan yang bakal keluar dari kedua dua mereka.

“Dah lama jugalah mak Engku.”jawab Andrian sambil memandang In yang tersenyum tipis.Dia merenung gadis itu penuh makna.

“Jadi bila nak buat majlisnya?”tanya Tengku Halija lagi.Kali ini pertanyaannya benar benar mengejutkan In.Namun Andrian kelihatan lebih relaks,dan tenang saja. Pandangannya terarah pada anak muda yang kelihatan tersenyum lebar itu.

“Kalau boleh memang nak cepat mak Engku,tapi In ni liat sikit.Sibuk kerja aje.”dia menjawab selamba ,tidak mengendahkan In yang seolah olah ingin mengatakan sesuatu, dia terus menyambung kembali.

“Dia ni mak Engku bukannya apa tak nak berpisah dari ketiak mak dia.”usikan Andrian tu berjaya mengundang tawa mereka.In turut sama tersenyum manis.

Namun pandangan Andrian mengetarkan hati perempuannya,dia tertanya tanya.Senyuman anak muda itu kelihatan begitu misteri,penuh rahsia.Bagai menyembunyikan sesuatu.

In memandang Haikal dan Danial yang gembira diusik Andrian.Dia tahu kini mereka semakin rapat.Dah lama anak anaknya itu tidak bermanja dengan seorang lelaki,sejak dia kehilangan Zaidi dulu.In duduk disisi Tengku Halija.Keramahan Tengku Halija kini membuatkan dia begitu sukar untuk mempercayai yang satu masa dulu wanita itu pernah menjadi seorang perempuan kejam.

“Kenapa In tengok bonda macam ni?”Tengku Halija bertanya bila menyedari gadis itu memandangnnya.

“Tak percaya yang In akan berbual dengan mak Engku macam ni.”dia bersuara,tidak perlu menyembunyikan isi hatinya.

“Dulu abang Haris pernah cakap yang bonda dia seorang yang peramah dan penyayang, tapi In tak percaya.Baru sekarang ni In percaya mak Engku.”dia bercerita,teringat kembali dia membangkang cerita cerita Tengku Haris,katanya kalau betul tentu dia tidak sampai hati menghalau darah dagingnya sendiri.

“Em..dulu bonda terlalu ikutkan perasaan In.”dia membahasakan dirinya bonda,bila dipinta In memanggilnya bonda gadis itu tidak mahu.Katanya berbelit belit lidahnya nak cakap bahasa istana,sudahnya dia memanggilnya mak Engku.


In masih lagi sibuk mengemas barang barangnya,bilik pasangan kembar itu dah pun siap dikemasnya tadi.Kini dia hanya perlu memasukkan baju kedalam almari pakaiannya.

Dia tersenyum memandang gambarnya yang diambil dengan Zaidi empat tahun lalu,kenangan lama bagai memenuhi rumah itu.Zaidi mereka rumah itu seperti yang pernah diimpikannya.Tidak menyangka Zaidi masih ingat segala anganannya.

Waktu itu dia hanya sekadar berangan angan.Tapi kini rumah idaman itu berada didepan mata.Kata pak long Zaidi meletakkan namanya sebagai pemilik tanah dan rumah itu.Tadi dia terpaku melihat kolam buatan yang terbina dihalam rumah.Ditengah tengah kolam terdapat ruang kecil untuk merehatkan diri dikelilingi ikan yang berenangan.Selama tiga tahun ini rumah itu kekal begitu.Memang sengaja pak long memeliharanya.Ada tukang kebun yang akan menjaga dua hari sekali.

Kali pertama menjejekan kaki kerumah itu seminggu lalu,terasa kehangatan kasih Zaidi padanya.Segenap sudut rumah itu mengambarkan kasih sayang Zaidi yang tidak bertepi buatnya.Rasa rindu yang mengetuk dibendungnya jauh jauh.

Dia mahu menjadi gadis kebanggaan Zaidi yang mampu berdikari dan membina kehidupan sendiri.Dia mahu menjadi dirinya yang dahulu.Sewaktu Zaidi masih disisinya.In akan kuatkan semangat bang.Demi kasih sayang abang pada In,bisik hati kecilnya.

“Eh,cantiknya bilik mama.”liar mata Haikal memerhatikan bilik In yang berkonsep bali.Tenang dan damai,bila bilik itu dilengkapi dengan kolam air terjun kecil yang diletakkan dibalkoni bilik itu.

“Bilik Ikal dan Danny pula macamana?”dia bertanya pasangan kembar itu.

“Cantik ma.”serentak mereka menjawab.Puas dia memujuk bila Haikal dan Danial tidak mahu ikut dia berpindah.Tapi bila diberitahu yang dia takkan balik kerumah itu barulah pasangan kembar itu mahu mengikut.

“Mulai hari ni,kita tinggal sini tau.Nanti lepas balik sekolah Pak Talib ambil Ikal dan Danny macam biasa.Petang nanti mama balik kerja mama ambil dirumah nenek.”dia memberitahu.Tidak mahu anak anaknya terus putus hubungan dengan ibunya.

“Kenapa kita tak tinggal aje dekat rumah nenek mama?Rumah nenek pun besar juga.” Danial bertanya.Dia tidak faham mengapa In mahu berpindah sedangkan rumah itu besar untuk mereka bertiga.

“Rumah tu rumah atuk dan nenek.Bukannya rumah kita.Ini baru rumah kita.Rumah ni uncle Zaidi yang beri pada kita.”dia bersuara.Dia tahu Haikal dan Danial mengerti. Malahan dia kerap bercakap tentang Zaidi.Dia tahu memori anak itu bersama Zaidi masih subur diingatan.

“Uncle Zaidi tu baikkan ma.Kalau uncle ada tentu seronok.”Haikal bersuara girang.

“Iya sayang.Mama tahu.Tapi Tuhan sayangkan uncle Zaidi,sebab tu Tuhan ambil uncle.” Dia bersuara perlahan.Cuba menahan hati saat itu.Tidak mahu anak anaknya melihat air mata yang bergenang dikolamnya.

“Mama,Ikal laparlah.”Haikal merengek pada mamanya.Dia duduk dikatil empuk milik In.
“Danny pun lapar juga.”Danial menyampuk,dia memeluk In.In mengakui Danial agak bersifat manja berbanding dengan Haikal yang lebih cenderung berdikari.

“Lapar?Itulah tadi mama suruh makan dulu tak mahu.Nak tunggu mama konon.”dia mencuit Danial.

“Dah,jom siap.Mama bawa makan diluar.”dia menepuk Haikal dan Danial.


“Makan perlahan lahan sikit.”In menegur Haikal dan Danial yang berebut rebutkan udang goreng.Diketahuinya makanan kegemaran pasangan kembar itu.

Tenang dia menyuap makanan bila anak anak itu ada didepan mata.Biar dia tidak makan pun tidak mengapa,asalkan jangan pasangan kembar itu tidak makan.Dia rela berlapar tapi tidak sanggup mereka tidak makan.

“Cepat sikit makan tu.Tadi nenda call,dia nak jumpa Ikal dan Danny.Sekejap lagi mereka datang jemput.Mama suruh mereka jemput Ikal dan Danny dekat sini.”semasa dia dalam perjalanan tadi Tengku Halija menghubunginya.

Rindu untuk bertemu Haikal dan Danial. Maklumlah sejak balik dari bercuti sebulan lepas mereka masih belum bertemu.

Tersenyum dia memerhatikan gelagat mereka.Mata diangkat memerhatikan sekeliling mana tahu kalau pembantu Tengku Halija dah sampai.Namun mata terpaku pada wajah seseorang.

Terhenti,lama disitu sebelum dia melarikan dengan sebuah senyuman kelat. Dia berusaha mengawal debaran dihati.Mata mereka bertaut seketika tadi.In tahu Andrian perasan kehadirannya tadi.

Entah mengapa dia merasa tidak senang.Sakit hati melihat kemesraan mereka.Tidak!Tak mungkin!Dia menafikannya berkali kali.Aku cuma terkejut aje sebab jumpa diaorang dekat sini.In memberi alasan pada hatinya sendiri.Alasan yang di rasakan boleh menafikan perasaannya sendiri.


“Hai In?”dia disapa pasangan itu.Fatihah tersenyum memandangnya.Mengeratkan pelukan dilengan Andrian.Andrian pula hanya mendiamkan diri.Tidak menegur atau bersuara.

“Hai.”dia menjawab,mempamerkan senyuman manis.Tidak perlu menunjukkan rasa hatinya yang sebenarnya saat itu.

“Sorylah masa you pindah last week I tak dapat tolong.I sibuk masa tu,lagipun kan I ada show masa hari tu kan.”dia memberikan senyuman manis.

“Tak apalah,lagipun tak banyak pun barang I tu.”dia menjawab selamba saja menghirup air minuman.

“Haikal dan Danial apa kabar?”Fatihah bertanya pula kepada Haikal dan Danial leka memerhatikan mereka.

“Baik auntie.”serentak pasangan kembar itu menjawab.Kedua dua mereka dah pun membersihkan tangan saat itu.Sedang bersandar kekenyangan.
“Nak join kita orang ke?Lepas ni kami nak pergi tengok wayang?”Fatihah mempelawa namun tampak sangat tidak ikhlas.

“Tak apalah,lagipun kami ada hal lepas ni.”dia menolak lembut.Malas nak berbual panjang dengan pasangan itu.Sebenarnya tidak senang dengan renungan Andrian yang bergayut pada wajahnya sejak dari tadi.

“In,dah siap ke?”perbualan mereka dicelah satu suara.

“Ayah Engku!”menjerit kecil pasangan kembar itu mendapatkan Tengku Lokman.Bulat mata Fatihah memerhatikan mereka.

“Eh,Andrian pun ada?”Tengku Lokman menyapa Andrian yang sedang bersama seorang wanita.

“Apa kabar?”Tengku Lokman menghulurkan tangan.

“Baik,”jawab Fatihah.Manakala Andrian hanya menganggukkan kepala saja.

“In dah sudah ke?Boleh kita pergi sekarang?”dia bertanya bila dilihat In masih lagi kaku dikerusinya.

“Er..dah.Marilah,nanti lambat pula.”Dia bingkas bangun.Tidak menghiraukan pandangan Andrian yang seolah olah meminta penjelasannya.Biarkan lah,lantak dia lah.Aku dengan dia bukannya ada apa apa.Dia keluar dengan Fatihah tak kisah pulak.Bisik hati kecil In.

“Eloklah tu,nanti bonda tertanya tanya pulak.Dia dah rindu sangat tu.”

Tengku Lokman bagai dapat membaca situasi itu.Sengaja bersikap mesra dengan In walaupun selama ini hubungan mereka tidaklah sebaik mana.In sering memusuhi dirinya.

“Kami minta diri dulu.”ujar Tengku Lokman pada Andrian dan Fatihah.In pula hanya tersenyum hambar dan segera beredar dari situ.


“Hari ni Ikal dan Danny tidur rumah nenda ya.”In melepaskan pelukkan pada anak anak itu.Tersenyum melihat keduanya menganggukan kepal.Kalau sebelum ni pasangan itu liat.Tapi bila semakin kenal dengan Tengku Halija sekeluarga mereka mesra pula.

“In tak nak pergi sekali ke?”dia bertanya,setelah sejak tadi jadi pemerhati.

“Tak,lagipun banyak lagi kerja yang nak disiapkan dekat rumah tu.”dia menolak lembut. Malas nak bercakap dengan Tengku Lokman,padahal antara mereka bukannya baik sangat pun.

In masuk kedalam kereta.Entah mengapa perasaan tidak tenang sejak tadi.Moodnya berubah terus.Tidak ada pun yang mampu menceriakan hatinya.Tiba tiba hatinya diselubungi awan kelam.

Termenung memikirkan perasaanya sendiri.Kenapa dengan kau ni In?Come on,kau bukannya ada apa apa dengan dia pun.Dia cuba memujuk diri.Namun tidak berjaya,hatinya masih tidak tenang.Kenapa aku mesti marah dengan mereka.Biarlah mereka bersama.

Andrian bukannya ada hubungan dengan aku.Dia berbalah dengan perasaannya sendiri.Tidak tahu,entah mengapa tiba tiba dia menjadi benci bila melihat pasangan itu bergurau senda,mesra begitu.Lamunannya terhenti bila mendengar bunyi telefon bimbit.

Dengan malas dia mengeluarkan telefon kecil itu dari handbeg. Memerhatikan nama yang tertera diskrin.Berkerut In melihatnya.Apa dia ni nak?Malas nak menjawab.

Dia membiarkan panggilan dari Andrian.Dia nak sakitkan hati aku ke?In mengomel sendiri. Tidak mahu berbicara saat itu.Namun deringan telefon tidak mahu berhenti,pantas dia menutup telefon itu.Dia ingin bersendirian saat itu.


Andrian merenung telefonnya.Dah beratus kali dia cuba menghubungi In.Mesej dihantar berkali kali,namun tiada jawapan dari gadis itu.Marahkah dia?Cemburukah?Dia kebingungan.

Reaksi In tengahari tidak sedikitpun menunjukkan In marah atau cemburu, tapi kenapa dia tak nak jawab panggilan aku.Telefon rumah pula engaged.Mana dia pergi? Takkan pergi ofis pulak,hari ni kan hari minggu.Dia mengelengkan kepala kemudian bila teringatkan hari ni hari Ahad.

Tanpa menunggu lama dia bergegas keluar, kunci kereta dicapainya.Kereta segera diarah keBukit Antarabangsa,ke Taman HillView.

Tidak susah mencari rumah baru In.Mudah saja.Antara rumah mewah yang cantik reka bentuknya.Gabungan Melayu dan barat tampak kelainan yang serasi.

“Nantilah sekejap!”Andrian tersenyum lega mendengar jeritan In dari dalam rumah bila bertalu talu dia menekan loceng pintu.

“Uncle,ni duitnya.Barang tu uncle letak aje dekat situ.Nanti sekejap lagi saya angkat bawak masuk pulak.”In sibuk menyeluk poket seluarnya,mencari cari duit untuk dibayar kepada uncle yang berjanji mahu menghantar barangan dapurnya.

Tadi dia kekedai,jalan kaki aje,pulak tu beli barang banyak,terus dia minta uncle tu hantar.Tak larat nak bawak banyak banyak.Dia sengaja ambil peluang untuk mengecat rumah hari itu.Lagipun Haikal dan Danial tak ada,mudah sikit nak buat kejutan.Terus dia mengulurkan wang itu,tanpa memandang dia terus melangkah masuk.

“Eh,apa uncle tunggu ni?Pergilah balik.”berpusing balik bila masih lagi melihat bayangan seseorang.Orang sibuk nak mengecat sibuk pulak dia kat situ.Dia terkaku!

“Rean!Kenapa tak bagi salam.”dia mengurut dada.Terkejut dengan kehadiran anak muda itu tiba tiba.Andrian cuma tersenyum memerhatikan In,selekeh sana sini dengan cat perlbagai warna.

Lengkap bertopi lagi.Dah nampak macam tukang cat pulak.Tukang cat paling ayu yang pernah dijumpainya. Detik hati kecilnya nakal.

“Macamana nak bagi salam.Datang datang terus In panggil uncle.Terkejut Rean.”dia ketawa kecil.Kelakar pula bila melihat In begitu.

“Ingatkan uncle kedai tu tadi.In order barang dapur sikit.Nak masak untuk makan malam.”dia berterus terang.

“Tak nak jemput Rean masukkah?”

“Eh,masuklah.Lupa pulak.”dia tersedar,segera mempersilakan anak muda itu masuk.

“Sorrylah rumah In ni selerak.In nak tukar warna cat ni.”dia membuka sofa yang ditutup dengan kain putih.Mempersilakan anak muda itu duduk.

“Kenapa nak tukar pula?”Andrian memerhatikan keliling rumah yang separuhnya telah pun bertukar warnanya.Dia tidak jadi duduk,sebaliknya berdiri disisi In.

“Haikal kata rumah ni semuanya putih,katanya macam kawasan perkuburan.”In ketawa kecil mengingatkan keengangan Haikal untuk masuk rumah itu bila pertama kali melihat ruang tamu yang diselubungi dengan kain putih.

“In suka biru?”dia bertanya,bila melihat cat berbagai tone biru yang terletak disudut ruang tamu itu.

“Ak ah.”dia menjawab.Kembali meneruskan kerja mengecat.

“Rean tolong?”ujar Andrian,dia dah pun memegang berus cat.

“Tak apalah,nanti kotor pula baju Rean tu.”dia mengelengkan kepala,tidak mahu Andrian membantunya.

“Tak kisah.Lagi pun Rean dah lama tak mengecat ni.Rindu pula rasanya.”dia mengecat, tidak mengendahkan kata kata In.In tidak pula menghalangnya.

“Eh,lupa pulak In nak tanya,Rean datang sini nak apa?”dia bertanya,masih tekun mengecat.Tiba tiba teringat untuk bertanya tujuan kedatangan Andrian.

“Saja,jenguk In.Dah lama kan kita tak jumpa.”dia bersuara,memandang sekilas kearah In yang tidak memberikan reaksi.

“Lama apa pulak,tengahari tadi tak ingat.”dia bertanya,serentak itu terasa hatinya sakit mengenangkan kelakuan Andrian.

Anak muda itu langsung tidak mahu menegurnya bila bersama Fatihah.Takut Fatihah cemburu ke?Dia menjeling kearah Andrian yang diam tidak menjawab.Masih mengecat.

“Tadi tu…In kemana dengan Tengku Lokman?”keluar juga pertanyaan itu dari bibirnya. Gusar dia memikirkan sejak tadi.Masih ingat lagi semasa bercuti dulu,Tengku Lokman berkali kali cuba mendekati In.

Terimbau kembali dia melihat renungan tajam Tengku Lokman sewaktu dia menyuapkan In makanan.Tiba tiba dia melepaskan satu keluhan tanpa di sedarinya.

“Kenapa mengeluh?”berpaling In mendengarnya,pelik dia melihat anak muda itu.Baru beberapa jam tadi Andrian tidak mempedulikan dirinya,tapi kini beria ia ingin mengambil tahu.

“In kemana tadi?Kenapa Rean call tak jawab?”dia bertanya,menarik tangan In. Menyebabkan gadis itu berhenti mengecat.Dipandangnya wajah In yang penuh kehairanan.

“In tak kemana mana.Lokman ambil Haikal dan Danial,In pulak terus kekedai cat.”dia menjawab.Pelik dengan perangai Andrian hari itu.Tampak berlainan sekali.

“Rean call,kenapa tak jawab?”dia mengulangi kembali pertanyaannya.Memandang In didepan mata.Gadis itu dah pun meleraikan pegangan tangannya.Menyambung kembali kerjanya.Seolah olah tidak menghiraukan kehadirannya saat itu.

“Oo…bateri habis.”In berbohong,takkan nak cakap aku marah pasal dia keluar dengan Fatihah.

“Dah tu telefon rumah kenapa tak angkat?”dia bertanya,masih tidak puas hati dengan jawapan In.Geram dengan sikap selamba gadis itu.

“Saja.Tak ada mood nak angkat.”In menjawab,sakit hati mengenangkan kelakuan Andrian tengahari tadi.

“Tak ada mood!”ulang Andrian.Wajah gadis itu ditenung penuh geram.Rasa rindu,marah dan geram berlaga antara satu sama lain.Marah kerana In tidak menyambut panggilannya, geram kerana gadis itu tidak sedikit pun mempedulikan dirinya,rindu kerana hatinya telah dimiliki gadis itu.

“Mm..”In menganggukan kepala.Sengaja menyakitkan hati Andrian,sengaja mahu meningkatkan kemarahan anak muda itu.Biar dia rasa,padan muka.
Andrian merengus kasar mendengar kata kata gadis itu.

Diam dia menahan perasaannya sendiri.Tidak mahu meluahkan rasa marahnya pada In.Selebihnya rasa sayangnya pada gadis itu mengatasi segala galanya.Dia kembali membisu,meneruskan kembali kerjanya. Masing masing bungkam seribu bahasa.In mahu pun Andrian tidak mahu mengalah, menegakkan ego masing masing.

“Sejak tadi In tengok Rean ni macam bermasalah aje,kenapa?”dia bertanya setelah beberapa lama mereka menyepi kan diri.“Rean gaduh dengan Fatihah ke?”hatinya mendesak untuk tahu walaupun sakit mengutarakan pertanyaan itu.

“Tak lah.”dia menjawab perlahan.Tak habis habis pasal Fatihah.Bentak fikirannya.Kau tak faham ke perasaan aku In?Hatinya merintih.

Setelah itu In tidak lagi bersuara,dia yakin ada sesuatu yang disembuyikan Andrian.Dia malas nak tanya lagi.Bukan tak nak ambil tahu,tapi orang tak nak cakap takkan nak paksa pulak.Mereka meneruskan kerja masing masing dengan suasana bungkam.Diam sepi. Masing masing tidak bersuara.

Lepas solat Asar,In menyambung kembali kerjanya.Dibiarkan Andrian berehat dengan secawan nescafe dan biskut.In melihat sekilas kearah Andrian yang melelapkan mata sambil bersandar.Ingin dia mengejutkan agar Andrian balik,tapi niatnya dimatikan.Tidak mahu menganggu.Mungkin Andrian selesa begitu.Dia beralih pula ke ruang dapur.

Mengaru kepala yang tidak gatal.Mata meliar,seolah olah mencari sesuatu.Mana aku letak parang tadi?Eh,tadi ada kat sini.Dia mencari cari lagi parang untuk membuka tin cat.Hah..ada pun kau.Dia ketawa kecil bila menjumpai parang yang tersorok dibawah kain buruk berhampiran dengannya.

Sambil menyanyi nyanyi kecil dia meneruskan kerja.Ruang dapur itu tidak terlalu besar,namun agak selesa.Begitu berhati hati In mengecat,takut terkena perabot pula.Boleh rosak kabinet yang cantik itu kalau terkena cat.
Fikirnya.

Dia tersenyum,selesai satu kerja.Tegak dia berdiri memerhatikan ruang dapur yang telah siap dicat dengan warna biru lembut digarisi satu garisan tebal berwarna biru gelap dibahagian atasnya.Tampak cantik.Dia leka berdiri disitu,tanpa menyedari Andrian terhendap hendap dari belakangnya.

“Mak!Tolong!!”tanpa sedar in menjerit kuat.Terkejut bila pinggannya dipeluk seseorang.

Andrian tertawa besar melihat In menjerit ketakutan.Pucat!

In menolak kasar tubuh Andrian bila terdengar tawa itu.Suhu darahnya sejuk.Jantungnya berdegup pantas.Mukanya pucat.Kedua tangannya mengurut dada.

Ketakutan,debaran berada dimana mana.Semangatnya melayang layang sewaktu Andrian memeluknya dan mereka berpusing pusing.Dia memasamkan muka memandang Andrian yang sedang ketawa.

“In takut ke?”Andrian bertanya setelah tawanya reda.Mendekati gadis yang sedang marah itu.Hisy…bertambah manis pula,detik hati kecilnya.Hilang segala marah yang tadi memenuhi ruang hatinya.Hilang segala kesepian yang tercipta antara mereka.

Sejuk hati melihatkan senyuman ayu In.Ah,sukar untuk ditafsirkan bentuk hatinya pada satu satu wanita yang berjaya mencuri hati lelakinya itu.Sayangnya pada In setinggi gunung, seluas lautan yang terbentang.Tiada batasan sempadan.

“Apa ingat sukalah tu.”dia menjawab kasar.Sakit hati tengahari tadi turut sama menjelma. Geram dengan gelagat Andrian.

“Janganlah marah.Sesekali nak bergurau dengan In pun tak boleh,”dia memujuk.Memaut dagu gadis itu agar In memandang wajahnya.
“Tak nak pandang Rean ke?”dia tersenyum dengan gelagat In yang melarikan wajahnya. Gadis itu memalingkan muka ketempat lain.Tidak mahu melihat wajahnya saat itu.Ada sesuatu yang cuba disembunyikannya.Andrian tersenyum lagi.Adakah cinta untuk ku In?

“In cantik bila marah.”dia mencium pipi In,membuatkan gadis itu terkejut.Bulat matanya memerhati Andrian yang masih lagi ketawa.

“Jangan buat macam tu lagi.In tak suka.”Dia menolak tubuh Andrian,ingin melarikan diri dari Andrian itu.Dia takut pada dirinya sendiri.Perasaannya dah lain macam.Nanti jadi pula perkara yang bukan bukan.Namun pergerakkan Andrian lebih pantas,dia mencapai kemas tangan In.

“Lepaslah.In nak sambung kerja tu balik.”In menarik tangannya,tidak mahu berdepan dengan Andrian saat itu.Rasanya dia tidak mampu untuk menatapi sinar bening milik Andrian.

“In marah?”dia bertanya,merenung mata bundar itu.

“Rean dan In bukannya muhrim.Tak boleh buat macam tu,salah.”Dia berkata perlahan, cuba melindungi gelodak hatinya.

“Kalau macam tu,kita kawin nak?Nanti boleh Rean cium In selalu.”dia bersuara, bersahaja.Masih memegang tangan In.Mengelus lembut tangan gadis itu.

“Kawin?”In bertanya,ketawa kecil,tersenyum sinis.“Rean nak suruh In kawin dengan Lokman dan Rean kawin dengan Fatihah?”dia bersuara sengaja buat buat tak faham. Sengaja membangkitkan nama Tengku Lokman dan Fatihah.

“Tak,In tak kawin dengan Lokman dan Rean tak kawin dengan Tihah.In kawin dengan Rean.”dia menjawab,geram dengan telatah gadis itu.

“Tak naklah.”dia menjawab selamba.Kini keadaan bertukar corak,In mahu pun Andrian masih bermain teka teki.Masing masing tidak mahu mempamerkan bentuk hati.

“Kenapa?”dia bertanya,memandang In yang bersahaja.

“In tak nak kawin dengan anak orang kaya.Susah tau.”

“Apa yang susah.In peliklah.Tau tak Rean ni berebut rebut orang nak,In aje yang tak nak. Nanti bila dah kawin Rean dan In tinggal dirumah kita,Rean pergi kerja In duduk rumah jaga anak.Lepas tu sambut Rean balik.Kan senang aje kerjanya.”dia memasang impian indah.Itulah impiannya sejak dulu lagi sejak pertama kali mengenali gadis itu hampir empat tahun lalu.

“Mak oii,jauhnya angan angan.”In ketawa kecil.Melepaskan pegangan tangan Andrian. Dia terus kedapur membancuh minuman,mahu persoalan itu berlalu.Malas nak bercerita lagi.Dia tidak mahu memasang angan angan setinggi gunung.

“In tak minum?”ujar Andrian,menyambut huluran air dari gadis itu.Dia bertanya bila melihat In hanya membancuh segelas air dan air itu untuk dirinya.

“Tak nak.Rean minumlah dulu.In nak naik mandi.Nanti lepas mahgrib In belanja Rean makan.”dia mengelengkan kepala.

“Betul In nak belanja Rean makan?”dia bertanya,girang mendengar kata kata In.

“Kenapa?Rean kejar masa ke?”

“Tak,tapi Rean tak nak makan kat luar,Rean nak makan masakan In malam ni.”dia bersuara,mengambil peluang untuk mencuba masakkan gadis itu.

“Boleh.Rean tak nak mandi dulu ke?Tentu tak selesakan?”simpati pula melihat Andrian saat itu.

“In nak ajak mandi sama ke?”dia mengusik.

“Mengarut ajelah Rean ni.Mmm,kalau Rean nak,In boleh bagi pinjam baju.Tapi track dan t-shirt ajelah.”dia bertanya.Agak ragu ragu pula nak meminjamkan bajunya pada anak muda itu.

“Bagus juga tu.Badan Rean ni pun melekit semacam aje.”dia mengangguk laju.Lagipun bukannya selalu nak dapat peluang bermanja dengan In.

Andrian duduk tenang dihadapan tv,mendengar berita dari TV3.Dia baru aje pulang setelah menjamu selera bersama In.Tidak dapat digambarkan perasaannya saat itu.

Kadangkala mata nakalnya memerhatikan In yang leka memasak didapur. Alangkah syahdunya perasaan saat itu.Dia bagaikan seorang suami yang menantikan isteri yang sedang leka menyiapkan hidangan malam mereka.

Namun tidak lama dia tersenyum sendirian.Masih teringat kembali gelak tawa gadis itu bila melihat dia dalam pakaiannya. Kata In dia nampak kelakar.Dia membelek pakaiannya sendiri sambil tertawa kecil

“Dah kenapa dengan angah ni ma?”Andrihilda bertanya Datin Horsia,pelik melihat gelagat abang keduanya itu.Lain macam aje.

“Rean ni dah kenapa?”Datin Horsia bertanya,turut sama pelik melihat gelagat Andrian saat itu.

“Tak ada apa apa ma.”dia menjawab tenang.Namun senyuman lebar masih terpamer. Membiarkan mama dan adik bongsunya kebingungan.

“Angah ni kan nampak macam orang bercinta tau.”Andrihilda mengusik.Mulanya tadi dia ingatkan Andrian keluar semula bersama Fatihah setelah keluar tengahari bersama perempuan tu.

Tapi sangkaannya meleset bila menerima panggilan telefon Fatihah yang mencari Andrian.

“Siapa angah?”Andrihilda masih mahu mengusik.

“Rean pergi jumpa siapa?Ni pakai baju siapa ni?”Datin Horsia pula menyerangnya dengan pertanyaan.Dia tahu mamanya takut berlaku perkara yang tidak elok.Berat dia menjawab.

“Rean pergi rumah In,kan dia baru pindah Rean ingat nak menjenguk dia.Tapi masa Rean sampai dia tengah mengecat sorang sorang,Rean tolong dia.Lepas tu dia bagi pinjam baju,pasal Rean mandi dekat sana tadi.Tapi kami tak buat apa apa ma.Itu aje,lepas tu In belanja Rean makan.”dia berterus terang.

Dia amat memahami mamanya itu.Risaunya boleh bawa kepada penyakit kalau dia tidak berterus terang.

“Lain kali beri tahu mama awal awal.Mama nak pergi sekali,dah lama tak jumpa In.”dia tersenyum.Andrian terkaku,gelihati melihat gelagat mamanya,dia yakin mamanya memang sukakan In,kalau tak tentu dia kena bambu teruk.Dia perhatikan sejak dulu lagi, bila disebut tentang In mama langsung tidak membantah,merungut pun tidak.

Malahan makin suka adalah,siap puji depan kawan kawan dia.Dulu masa dia dengan perempuan lain,jangan kata nak bawak balik,sebut pun mak dah buat perangai,keluarlah air mata ibunya itu.

Comments: Post a Comment

<< Home

This page is powered by Blogger. Isn't yours?